Sabtu, 11 Februari 2017

Konflik PHD dan Edd

Hari Khamis cuti Thaipusam (9/2/2017)

Aku dan isteri berjalan ke Teluk Kemang, Port Dickson kononnya mahu menenangkan fikiran , buat pertimbangan dan keputusan berkenaan Program Edd yang bakal dilalui.

Banyak dilema kerana :
1. Kelas Edd dijalankan hujung minggu setiap bulan sebanyak 2 x
2. Sudah tentu perlukan komitmen. Masalah besar aku menjaga ayah yang uzur di kampung , bergilir gilir dengan adik beradik. Persoalannya, siapa nak jaga ayah kalau aku ada kelas?
3. Kalaupun dapat jaga kena berulang alik dari Bandar Sg Buaya ke Bangi, agak jauh dan memerlukan kos yang besar.

Dua hari memikirkan perihal ini. Buatlah isthikarah agar Allah permudahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan